kehidupan

bicara diskusi merungkai satu misteri agar menjadi sebuah realiti.
hye semua..jangan lupa tinggalkan pesanan dan follw..:)
glitter-graphics.com

Tuesday, March 22, 2011

codex gigas-manuskrip iblis

Codex gigas merupakan senaskah manuskrip gergasi abad pertengahan yang wujud hingga kini.Codex gigas turut dikenali sebagai'Devil bible'kerana terdapat lakaran iblis di hadapan manuskrip tersebut.Manuskrip ini dikatakan berasal dari bohemia atau lebih dikenali sebagai republick czech sekarang.

Pada mulanya codex gigas mempunyai 320 halaman kesemuanya.Namun begitu,8 helai dari halaman itutelah dikoyakkan atas sebab yang masih tidak diketahui.Ada pendapat yang menyatakan bahawa 8 helai halaman ini dikoyakkan kerana mengandungi peraturan-peraturan biara benedictine,iaitu tempat asal manuskrip ini ditulis.


Codex gigas ditulis sepenuhnya dalam versi vulagata latin.Kandungan dalam manuskrip ini lebih banyak menceritakan tentang keagamaan orang-orang yahudi.Codex gigas turut mengandungi catatan tentang sejarah,etimology,fidiology dan tidak ketinggalan sebuah kalender necrologium,mantera mantera dan formula ajaib.

Perkara yang luar biasa tentang manuskrip ini ialah sifat tulisan naskah kuno ini tidak berubah,sekata dan berkesinambungan antara satu sama lain.Ini memberi gambaran bahawa manuskrip ini ditulis oleh seorang sahaja dalam jangka waktu yang agak singkat.Menurut lagenda,penulis manuskrip ini ialah seorang biarawan yang bersalah melanggar peraturan di biara benedictine.Namun kebenaran sebenas tentang codex gigas masih misteri hingga kini dan masih dikaji oleh sejarawan.

selain codex gigas,terdapat juga manuskrip lain yang masih menjadi tanda tanya di seluruh dunia seperti Satanic bible(kitab syitan).Setakat ini sahaja untuk kali ini dari martin ya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

follow ya

Follow martinbforest on Twitter