kehidupan

bicara diskusi merungkai satu misteri agar menjadi sebuah realiti.
hye semua..jangan lupa tinggalkan pesanan dan follw..:)
glitter-graphics.com

Sunday, March 20, 2011

keajaipan dunia-piramid kufu

Piramid kufu merupakan salah satu daripada tujuh keajaipan dunia.piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu.Piramid kufu diilhamkan oleh Hemon iaitu saudara kufu sendiri.piramid ini dibina selama 20 tahun dan siap pada 2580 sebelum masihi.


Selain piramid kufu,terdapat 2 lagi piramid yang lain iaitu piramid khafre dan piramid menkaure yang terletak di bandar kematian iaitu giza, mesir.Ketinggian piramid kufu ialah 139 meter dan sisi 231 meter.piramid ini penuh dengan cerita mistik yang mengujakan dan masih tidak dapat dirungkai hingga kini.Terdapat laporan yang menyatakan bahawa terdapat roh atau semangat yang melindungi piramid ini.Ada juga kes yang dilaporkan yang berkaitan dengan kehilangan manusia semasa melawat ke dalam piramid ini.Ada juga kata kata yang menyatakan bahawa puncak piramid ini mempunyai kuasa mistik yang disimpan oleh firaun yang terdahulu.


Namun begitu kebenaran semua andaian ini masih diragui kerana masih tiada bukti untuk mengesahkan cerita cerita tersebut.Namun,kita harus bangga dengan ciptaan agung manusia ini yang penuh dengan sejarah.

1 comment:

martin blackforest said...

hehe...best jgak piramid ni ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

follow ya

Follow martinbforest on Twitter